Wednesday, March 2, 2011
Everybody knows about it but certain individuals only do this things..!
Benda ini selalunya dekat budak-budak kecil sahaja kita bagi tahu, lebih kurang macam mengajar mereka ini untuk kenali kehidupan dan mengajar mereka menguruskan diri. Tapiiiiiii sekarang saya mahu bagi tahu kepada semua orang, bukan untuk budak-budak sahaja.okeh?
Mula-mula, benda ini simple sahaja, lepas makan kena BASUH.. kalau dah malas sangat sebab perut dah sengkak, buat reminder dekat handphone.. jangan tinggal sampai berhari-hari, dah berulat habis dah time itu.. eg: saya ada jumpa seorang insan ini, time itu memang tak boleh bla.. dia masak maggi, lepas makan dia bangun dan terus tinggal.. dalam hati saya dia nak rehat kejap dulu kot.. tapi lepas 3hari, saya tengok maggi itu dah tak macam maggi.. saya tegur dia, saya takut dia tak perasan pasal maggi itu then last-last dia ambil magkuk yang berisi sisa-sisa maggi berulat itu dan terus buang ke dalam tong sampah. Sungguh dasyat kemalasan beliau..
Lepas itu, kalau nak basuh pinggan, senang sahaja, ambil sabun dan basuh. Tetapi before that, buang semua sia-sia makanan ke dalam tong sampah.. jangan buang dalam sink.. habis tersumbat sink tersebut.. bila dah tersumbat, kita semua buat-buat tidak perlukan sink tersebut dan cari sink lain.. memang tidak baik perangai di situ yeee.. eg: saya ada la pergi ke sebuah program dan saya ditugaskan untuk menjaga bahagian pinggan mangkuk.. saya bukan kena jadi tukang basuh pinggan mangkuk tapi saya kena perhatikan mereka-mereka ini membasuh pinggan mereka selepas selasai mengunyah.. lepas 5orang membasuh pinggan, sink itu sudah tersumbat.. Alhamdulillah syukur mereka sangat prihatin di situ.. dan saya terpaksa mengambil sisa-sisa tersebut menggunakan tangan.. baik sungguh mereka itu yeeeee.. bagi saya kerja, kira macam saya tak makan gaji buta laaa..
Yang seterusnya, nak cakap pasal sampah.. banyak sungguh hari ini cakap pasal sampah.. memang tak tahan dah pasal sampah ini.. mula-mula, nak buang sampah, pastikan tong sampah tersebut melengkapi plastic sampah yeee.. kalau dekat tempat public, tidak mengapa.. tapi kalau dekat bilik ka, rumah kita ka.. pastikan ada plastic sampah baru anda boleh membuang sampah.. haaaa, tetapi eg: anda pergi ke pasar malam dan membeli air yang berharga RM!.00/ RM1.20, bekas tersebut anda jangan buang terus.. kalau ada sisa-sisa ais, buang dahulu ais itu ke dalam sink.. kalau anda tidak membuang, nanti ais tersebut cair dan menjadi air yang melimpah keluar dari tong sampah itu.. satu bilik dan rumah anda akan berbau.. habis lah, nak tidur, study, tengok movie, semua terjejas kerana bau tersebut.. tidak enak!
Ok, kita ke bahagian baju.. lepas pakai baju, gantung, jangan hentam terus atas katil.. kalu ye pun, letak dalam baldi.. senang kan..?? kalau anda mahu basuh baju, untuk mereka yang tidak guna washing machine, guna tangan.. anda kena perahhhh habis-habisan air tersebut sebelum gantung di tempat yang disediakan.. eg: saya duduk apartmen time belajar, maybe arkitek yang buat apartmen itu MC time lecture dia mengajar untuk membuat empayan baju.. jadi dia design tidak betul.. kalau saya hang clothes, orang atas punye baju boleh menitik dia atas baju saya.. sungguh best tengok keadaan begitu.. baju saya dibasuh 2x.. hehehe.. jadi orang atas tolong perah baju.. dan sesiapa yang hang baju dekat dengan baju saya, tolong jangan curi pengepit saya.. kalau anda mahu, datang ke rumah saya, saya bagi 1papan pengepit untuk kamu secara percuma.. ok..?? baju saya 3pasang dah diterbangkan.. jadi jangan mencuri lagi pengepit saya..!!
Lastly, to all buddies, please take care your hygiene.. tak elok jadi pengotor dan kurang etika.. Senang cerita, jangan bagi orang tegur banyak kali sangat, macam orang tidak reti jew… kk.. bye..
Posted by Laut Biru at 3:35 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment